Labour Market Information (LMI)
Open Data Challenge

Pertandingan Dalam Talian

SERTAI

Mengenai

Mengenai Pertandingan

LMI Open Data Challenge

Labour Market Information (LMI) Open Data Challenge merupakan satu pertandingan pembangunan aplikasi/sistem menggunakan set data dari gudang data pasaran buruh yang telah dibangunkan oleh ILMIA di Portal Data DFMS ILMIA sebagai data asas di samping menggunakan sumber-sumber data berkaitan yang lain. Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk menyediakan ruang perkongsian ilmu, mempromosi produk atau inisiatif digital perkhidmatan awam dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam membangunkan produk inovasi menggunakan data-data pasaran buruh. Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan.

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Penyertaan adalah PERCUMA.
  • Penyertaan secara individu ataupun berkumpulan maksima 3 ahli.
  • Hadiah wang tunai sebanyak RM18,000
Syarat Penyertaan
RM 8,000

Hadiah Utama

RM 5,000

Hadiah Kedua

RM 3,000

Hadiah Ketiga

RM 1,000

Hadiah Saguhati (2 kumpulan)

Syarat-syarat Penyertaan

Perserta perlu memenuhi dan menerima semua syarat-syarat yang dinyatakan. Sila pastikan maklumat yang diisikan adalah betul. Maklumat akan disahkan sebelum pertandingan.

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Penyertaan adalah PERCUMA.
  • Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan maksima 3 orang.
  • Pendaftaran penyertaan adalah secara dalam talian melalui portal rasmi.
  • Produk yang dibangunkan hendaklah dari scratch, asli dan tidak terikat dengan mana-mana Harta Intelek (Intellectual Property).
  • Pembangunan produk perlulah di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Penyerahan produk yang dibuat selepas tamat tempoh tidak akan dinilai oleh panel penilai.
  • Data utama yang wajib digunakan akan disediakan oleh pihak urusetia yang boleh di muat turun di Portal LMI Open Data Challenge. Peserta diwajibkan menggunakan sekurang-kurangnya satu (1) set data utama yang dibekalkan oleh urusetia.
  • Penggunaan data-data lain sebagai data sekunder adalah digalakkan. Antara cadangan sumber yang boleh dirujuk adalah Data Flow Management System (DFMS), Statistics Data Warehouse (StatsDW), Data Terbuka Malaysia dan sebagainya.
  • Markah bonus akan diberikan bagi produk yang memberi impak kepada kumpulan rentan (vulnerable group) iaitu wanita, orang kurang upaya (OKU), warga emas, miskin tegar dan belia.
  • Pembangunan menggunakan aplikasi sumber terbuka (open source) adalah digalakkan.
  • Peserta dikehendaki membekalkan set data yang digunakan dalam format machine-readable kepada penganjur.
  • Peserta hendaklah menghantar laporan berkaitan produk yang dibangunkan secara memuatnaik ke dalam Portal LMI Open Data Challenge.
  • Format laporan akan disediakan oleh penganjur dan disertakan semasa Peserta memuat turun dataset diawal pertandingan bermula iaitu:
    1. Kertas cadangan pembangunan produk;
    2. Produk/aplikasi yang telah dibangunkan (source file);
    3. Set data yang digunakan (set data terbuka dan set data daripada sumber lain).
  • Produk akhir yang dihasilkan perlulah di dalam bentuk web based atau aplikasi mobile dan boleh diakses sehingga penilaian dilaksanakan.
  • Produk yang telah dibangunkan adalah hak milik kerajaan dan tidak boleh dituntut oleh Peserta atau Wakil Peserta.
  • Peserta dikehendaki menggunakan perkakasan dan perisian ICT sendiri sepanjang tempoh pertandingan.
  • Penganjur berhak meminda syarat dan peraturan tanpa perlu memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.
  • Penganjur berhak membatalkan penyertaan jika terdapat pelanggaran syarat.
  • Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang insiden, masalah kesihatan, kehilangan, kerosakan dan kerugian yang dialami semasa menyertai program.
  • Keputusan penilaian panel juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Langkah

Langkah Pertandingan

PENYERTAAN

Mendaftarkan akaun dan menghantar maklumat projek dan ahli kumpulan sebelum tarikh 30hb Jun 2020.

PENEROKAAN DATA

Peserta wajib menggunakan set data utama yang akan disediakan pihak urusetia semasa sesi pertandingan bersama dengan data-data lain yang boleh didapati daripada sumber lain seperti LMI Open Data Platform, Statistics Data Warehouse (StatsDW), Data Terbuka Malaysia dan lain-lain.

PEMBANGUNAN

Membangunkan aplikasi/sistem yang dicadangkan dalam tempoh 2 minggu.

PEMBENTANGAN

Pembentangan aplikasi/sistem yang dibangunkan melalui dalam talian. Hanya 10 kumpulan terbaik akan dipilih untuk sesi pembentangan.

SET DATA

SET DATA UTAMA

(akan disediakan semasa pertandingan)

JOB VACANCIES

JOB SEEKERS

WORKPLACE PRACTICE

EMPLOYERS & EMPLOYEE

TRACER STUDY

STUDENTS

TRAINING PROVIDER

OCCUPATIONAL ACCIDENTS