Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Jabatan Perangkaan Malaysia melaksanakan soal selidik Kajian Keperluan Penggajian Pekerja Asing dan Penentuan Agensi Kawal Selia (AKS) Bagi Subsektor Gudang Darat 2021. Tujuan utama soal selidik ini ialah untuk mengumpul maklumat mengenai aktiviti perniagaan di Subsektor Gudang Darat, menentukan keperluan guna tenaga dan Agensi Kawal Selia bagi Subsektor ini.

Maklumat ini dikumpul mengikut peruntukan di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989). Seksyen 5 Akta ini mengkehendaki mana-mana responden di Malaysia untuk memberikan maklumat sebenar atau anggaran terbaik kepada Jabatan. Mengikut Akta ini, kandungan soal selidik yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Sementara itu, seksyen 7 di bawah Akta yang sama memperuntukkan denda kepada responden yang gagal memberikan kerjasama kepada soal selidik yang akan dijalankan.

Penyertaan anda adalah penting dalam memastikan maklumat yang dikumpul dalam soal selidik ini adalah tepat.

Kerjasama anda dalam menjayakan soal selidik ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.


DATO SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN
KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA