Portal Rasmi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA)
A- A A+
 

Frequently Asked Question

What is the function of ILMIA?

ILMIA serves as an information centre for labour data and analysis for the Malaysian labour market. At ILMIA, we are responsible for ensuring that data is accurate and up to date as well as facilitating data sharing with users. ILMIA is also the agency responsible for conducting research / studies on the labour market in Malaysia. The results of these studies will be published and used as a guide for policy-making relating to national labour.

What kind of data can be obtained from ILMIA?

Among the data that are available are data on key labour market indicators, supply and demand by economic sectors and NKEAs, average wage according to sectors, and skills by occupation.

Who uses ILMIA Portal?

ILMIA aims to inform users that are government, independent researchers, self-employed and employers, employees, students and public. The ILMIA portal can be used by all categories of user and strives to use language that is simple, non-technical and easily understood by all.

From where does ILMIA source the data that it analyses?

Data sources are obtained principally from several government agencies such as the Department of Statistics, Ministry of Education, Bank Negara Malaysia, the Economic Planning Unit, Ministry of Human Resources and others, including the private sector if made available.

What is the difference between the terms 'Labour Force' and 'Workforce'?

The term 'labour force' refers to all people in Malaysia aged between 15 and 64 years who are at work or unemployed. The 'Workforce' is another category which includes those who do any work for pay, profit or family gain (whether as employer, employee, self-employed or unpaid family worker).

What is the definition of 'Unemployment' and the 'Unemployment Rate'?

  • 'Unemployment' means the population aged between 15 and 64 years in the labour force category who are willing to, and actively looking for, work.
  • 'Unemployment rate' means the number of unemployed compared to the total labour force expressed as a percentage.

What is meant by 'Outside The Labour Force' and how does it differ from unemployment?

'Outside the labour force' refers to those who are not classified as employed or unemployed, such as housewives, students, retirees and those not interested in finding employment. Unemployed, on the other hand, means those who have yet to get a job but are willing to, and actively seeking, work.

Is the unemployment rate in Malaysia better than in other countries?

Overall, the unemployment rate in Malaysia is on average 3.4% (2016). This rate is lower than that in Australia (5.8%) and Brazil (5.6%). Malaysia's unemployment rate is basically stable and some would consider that full employment in the economy has been achieved. Although, in principle, a lower unemployment rate indicates the economy is steady, the unemployment rate will not reduce to zero as there will always be unemployment due to frictions or timing lags, as a result of, for example, employees moving to new jobs or changes in technology.

How can i get hold of books published by ILMIA?

Books and journals published by ILMIA are available online (softcopy) in the publications section. In addition, users can apply in writing or visit ILMIA's office to get printed copies.

Muat Turun

Sila login atau daftar jika hendak memuat turun


  • Daftar Pengguna Portal ILMIA

    Please enter the name!
    Please provide a valid e-mail!
    Retype the e-mail!
    Contact No field is required
    Invalid Input
    Purpose field required!
    Please enter a password!
    Retype the password!
    Captcha
    Invalid Input
  • ILMIA Portal Login


  • Penyelidikan & Penerbitan

    Penyelidikan & Penerbitan

Penyelidikan

ILMIA menyediakan maklumat pasaran buruh terkini kepada semua pihak yang berkepentingan berkaitan ekosistem tenaga kerja dan tempat kerja di Malaysia. Sebagai penyedia maklumat pasaran buruh utama Malaysia, ILMIA menjalankan penyelidikan dan soal selidik yang menumpukan kepada keperluan modal insan dan fungsi utama pasaran buruh yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi. Maklumat yang disediakan meliputi bidang perniagaan dan perbadanan, badan perdagangan dan institusi pendidikan, Kementerian dan Agensi Kerajaan, organisasi penyelidikan dan anggota tenaga kerja.

Inventori Penyelidikan Semasa Yang Telah Selesai

Inventori Penyelidikan Semasa Yang Telah Selesai 2015 - 2018

Kajian Keberkesanan Kesatuan Sekerja di Malaysia

 

Kajian ini bertujuan untuk menilai peranan kesatuan sekerja dalam rangka perhubungan perusahaan di Malaysia. Kajian ini telah mengenal pasti beberapa pola penting hasil dari analisis yang telah dijalankan merangkumi tiga bahagian penting iaitu keberkesanan kesatuan sekerja, peranan agensi yang berkaitan kesatuan sekerja dan persepsi anggota kesatuan sekerja berhubung dengan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Pendekatan kuantitatif dan kualitatif digunakan sebagai kaedah utama kajian dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk ahli kesatuan sekerja, majikan, wakil gabungan kesatuan sekerja dan persatuan majikan beserta wakil daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Hasil kajian ini mendapati bahawa trend umum di seluruh dunia turut mempengaruhi kadar penurunan kepadatan kesatuan sekerja di Malaysia. Namun, dalam konteks Malaysia, faktor ekonomi kurang mempengaruhi kadar turun naik kepadatan berkesatuan dalam kalangan pekerja. Kajian ini sebaliknnya mendapati bahawa kadar kepadatan kesatuan sekerja di Malaysia turut dipengaruhi oleh struktur ekonomi, perundangan dan polisi kerajaan. Tiga aspek penting yang dikenal pasti mempengaruhi keberkesanan kesatuan dalam kajian ini adalah komunikasi dan kuasa kesatuan, hubungan di antara pihak pengurusan dan kesatuan serta kefahaman kesatuan mengenai perniagaan majikan. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa persepsi dalam kalangan anggota kesatuan sekerja mencerminkan bahawa kesatuan dalaman adalah lebih berkesan berbanding dengan kesatuan kebangsaan. Dapatan kajian ini turut menyokong trend dalam aspek berkesatuan di Malaysia seiring dengan perkembangan yang berlaku di negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi yang mana kesatuan dalaman semakin digemari berbanding kesatuan kebangsaan.

Kajian Rakyat Malaysia Bekerja di Singapura

 

Kajian ini mengetengahkan penemuan utama dari kajian mengenai rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Penemuan menunjukkan bahawa faktor kewangan adalah faktor motivasi yang kuat bagi responden untuk bekerja di Singapura. Kajian ini juga mencadangkan pelan tindakan utama untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan brain-drain yang menyebabkan sejumlah besar rakyat Malaysia memilih untuk bekerja dan menetap di Singapura.

Kajian Mengenai Penawaran dan Permintaan Keperluan Modal Insan Bagi Technical Vocational Education and Training (TVET)

 

Kajian ini telah dilaksanakan oleh EPU dengan kerjasama daripada ILMIA. Pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi adalah penting untuk Malaysia bagi memenuhi aspirasi negara pendapatan tinggi. Penambahbaikan kualiti pendidikan dan latihan yang dapat memenuhi permintaan industri adalah penting untuk pembentukan keperluan modal insan negara. Bagi memenuhi permintaan industri, transformasi pembelajaran TVET adalah salah satu daripada "game changers" di dalam RMK11. Cabaran yang dihadapi oleh TVET adalah meliputi jurang pengetahuan dan kemahiran graduan; ketidakseragaman dalam sistem penyampaian TVET yang membawa kepada perbezaan piawaian; kurang kerjasama antara institusi TVET dan industri; dan persepsi kurang menarik terhadap laluan kerjaya graduan TVET. Kajian ini turut menilai program dan institusi TVET serta jangkaan output graduan berdasarkan permintaan industri. Kajian ini juga menyediakan cadangan rasionalisasi program dan institusi TVET, termasuk program baru yang konsisten dengan keperluan industri. Penekanan adalah kepada peningkatan dan mekanisma kerjasama utuh antara institusi TVET dan industri dan mekanisme yang berkesan untuk melakukannya antara penyedia TVET dan industri. Model "outcome-based" telah dibangunkan bagi penyediaan peruntukkan sumber kewangan awam untuk menyokong program latihan dan peningkatan kualiti institusi TVET serta mutu kebolehpasaran graduan.

Mengurus Cabaran Kemahiran di ASEAN-5 oleh Singapore Management University

 

Kajian ini telah dijalankan oleh Singapore Management University dengan input daripada ILMIA. Cabaran utama dalam merealisasikan visi ekonomi negara-negara ASEAN-5 adalah ketersediaan pekerja industri mahir yang mencukupi dalam tenaga kerja negara. Tahap dan jenis cabaran tenaga kerja mahir yang dihadapi adalah berbeza di seluruh negara-negara ASEAN-5 disebabkan oleh perbezaan tahap pembangunan, struktur ekonomi, profil demografi, keupayaan institusi dan strategi yang sedang dilaksanakan. Kajian ini mengenal pasti cabaran-cabaran sama yang dihadapi oleh ASEAN-5 dan kepelbagaian maklum balas masing-masing yang dipengaruhi oleh perbezaan setiap negara seperti yang dinyatakan di atas. Secara umumnya, hasil penemuan menunjukkan kebergantungan ke atas sektor awam dalam memenuhi jurang kemahiran dan mencadangkan agar pihak industri mengambil peranan yang lebih aktif dalam memenuhi cabaran ini. Kelemahan kritikal dalam pendidikan STEM dan program TVET juga ditekankan.

Kajian Keperluan Modal Insan: Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE)

 

Kajian Keperluan Modal Insan: Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan modal insan yang berkaitan dengan usaha pembangunan dan pelaburan yang memberi tumpuan kepada lima nod pertumbuhan dalam SCORE termasuk Kota Samarahan. Lima nod pertumbuhan tersebut ialah Tanjung Manis, Mukah, Samalaju, Baram dan Tunoh, sementara bagi Kota Samarahan pula tumpuan diberikan kepada Daerah Serian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu penawaran dan permintaan modal insan bagi subsektor ekonomi terpilih dalam setiap nod pertumbuhan serta menggariskan amalan dan strategi terbaik yang dapat diterima daripada pengalaman di tempat lain untuk meningkatkan ketersediaan dan kesinambungan bakat untuk keperluan pembangunan SCORE. Permintaan terbesar adalah untuk pekerja separuh mahir dalam industri kajian ini. Majikan juga lebih mengutamakan lepasan siswazah baru yang mempunyai sedikit pendedahan industri di mana ini menunjukkan kepentingan ‘internships’ dan lain-lain latihan industri di institusi pendidikan dan TVET. Pekerjaan dalam industri berat seperti aluminium, keluli dan pembinaan kapal dianggap tidak menarik. Hal ini juga disebabkan isu akses, kos sara hidup dan lokasi kerja terpencil. Pekerjaan kritikal mempunyai permintaan yang tinggi dan berpotensi untuk menghadapi kekurangan guna tenaga seperti ahli mesin CNC, mekanik kenderaan berat dan pemandu pelancong. Kerjasama antara industri dan institusi pendidikan serta penyedia latihan perlu mempunyai program pembangunan kemahiran bersepadu yang relevan untuk keperluan industri. Dengan permintaan yang tinggi dalam pekerjaan separuh mahir, pendidikan TVET perlu dipromosikan untuk mengurangkan persepsi mengenai laluan kerjaya yang tidak menarik.

Kajian Mengenai Indikator Leading and Lagging Bagi Pembangunan Modal Insan Game Changers Untuk Rancangan Malaysia Ke-Sebelas

 

Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan cadangan mengenai set utama penunjuk pasaran buruh yang akan menjadi pemangkin transformasi dan langkah memperkasakan modal insan untuk memacu negara ke status pendapatan tinggi berdasarkan Rancangan Malaysia ke-11. Set utama penunjuk pasaran buruh ini perlu dinamik dengan mengambil kira faktor-faktor yang akan menonjolkan pasaran buruh dan juga faktor-faktor yang akan menghambat pergerakan pasaran buruh. Kajian ini juga adalah untuk membuat penandaarasan dengan negara-negara yang mengamalkan amalan terbaik dan mempunyai strategi kesinambungan di antara pasaran buruh efektif dan maklumat pasaran buruh. Penilaian semula ke atas cara pengumpulan maklumat pasaran buruh dan pengurusan data turut dibuat bagi mendapatkan cadangan yang terbaik dan efektif. Pembangunan Indeks Gaji Kebangsaan, Senarai Jawatan Kritikal, penambahbaikan pengurusan pekerja asing dan pindaan akta-akta perburuhan turut dimuatkan di dalam kajian ini.

Kajian Jurang Kemahiran bagi Sektor Komunikasi di Malaysia

 

Kajian ini bermula pada tahun 2014 secara bersama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan ILMIA yang bertujuan untuk menganalisis keperluan kemahiran Sektor Komunikasi. Landskap Komunikasi Malaysia dengan penembusan lebih dari 140% telah berkembang dengan pesat melalui jumlah pelanggan dan kecanggihan dalam penawaran perkhidmatan. Pada masa akan datang, dijangka perluasan selanjutnya akan didorong oleh penggunaan data mudah alih dan jalur lebar (tetap dan mudah alih). Persoalan kritikal adalah sama ada Malaysia mempunyai strategi kemahiran yang sepadan untuk menangani perubahan dinamik ini dan mengekalkan momentum pertumbuhan. Kajian ini memberi tumpuan kepada Sub-sektor Telekomunikasi dan menilai isu-isu gunatenaga semasa dan masa depan untuk teknologi talian tanpa wayar dan talian tetap, maklumat dan keselamatan rangkaian dan teknologi baru (seperti analisis pengkomputeran Cloud & Big Data) yang mempengaruhi industri komunikasi. Satu rangka kerja klasifikasi pekerjaan telah dibangunkan dimana ia merangkumi 29 kategori pekerjaan utama, 139 fungsi pekerjaan dan 316 kecekapan teknikal yang relevan untuk bidang fokus terpilih. Keperluan tenaga kerja mahir semasa dan masa depan dinilai dalam konteks permintaan industri dan pekerja dari entiti pendidikan dan latihan. Tenaga kerja sektor telekomunikasi perlu disesuaikan dan tangkas untuk memenuhi trend industri dinamik yang sentiasa berubah dan ini menunjukkan keperluan untuk meningkatkan semula kemahiran pekerja yang berterusan. Kemahiran kerja sangat berbeza di setiap bidang fokus; peranan dan kecekapan pekerjaan kritikal telah dikenalpasti. Pengurusan kemahiran akan menekankan pendedahan dalam persekitaran yang inovatif, laluan kerjaya yang berstruktur dan ganjaran yang menarik dipertingkatkan dengan insentif latihan.

Bengkel Penglibatan Industri terhadap Permintaan Pekerja Mahir

 

Laporan ini adalah berdasarkan prosiding dan hasil pembentangan Bengkel Penglibatan Industri yang diadakan 28-29 September 2015 di Hotel Sunway, Kuala Lumpur. Bengkel ini bertujuan untuk merealisasikan strategi teras untuk meningkatkan pembangunan modal insan bagi kemajuan negara seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11. Bengkel dua hari ini adalah salah satu inisiatif untuk mengenal pasti keperluan dan ketersediaan tenaga manusia dengan keperluan kemahiran dalam industri, termasuk kemahiran baru dan masa depan, jurang kemahiran dalam pasaran buruh dan pergerakan buruh serta perubahan upah dan struktur faedah. Penglibatan pelbagai agensi kerajaan, pemain industri dalam sektor swasta, persatuan majikan, kesatuan pekerja dan badan bukan kerajaan yang hadir di bengkel tersebut akan menyebarluaskan maklumat. Oleh itu, kepakaran dan pengalaman terkumpul di bengkel ini akan menghasilkan cadangan yang berguna dan idea baru yang mungkin dipertimbangkan oleh kerajaan.

Kajian ILO-Prosiding Bengkel Antarabangsa mengenai "Implikasi Pekerjaan oleh Langkah-langkah dan Dasar berkaitan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Menyusun Hala Tuju Malaysia ke arah mencapai Ekonomi Hijau

 

Laporan ini mengandungi hasil prosiding Bengkel Antarabangsa yang telah diadakan pada 5-6 Mei 2015 sebagai acara utama Projek Green Jobs Malaysia, satu inisiatif di bawah Program Pekerjaan Hijau ILO untuk rantau Asia dan Pasifik. Projek ini telah memadankan senarai pekerjaan hijau dalam sektor-sektor utama ekonomi Malaysia yang memperlihatkan kelaziman kerja-kerja hijau (tersedia dalam penerbitan), membina dan memperluaskan Malaysian Dynamic Social Accounting Matrix (DySAM) yang membolehkan analisis dan pemodelan untuk menyokong penggubalan polisi yang penting untuk membangunkan landasan dalam peralihan ke arah ekonomi yang lebih hijau dan telah mengambil pendekatan pembangunan kapasiti untuk meningkatkan kepakaran di kalangan pakar tempatan dari institusi kerajaan, akademik dan institusi lain. Bengkel ini membolehkan penyebaran yang lebih luas hasil kajian pemadanan pekerjaan hijau, hasil penyelidikan analitikal DySAM termasuk pemodelan senario, penilaian keperluan kemahiran serta kerja untuk meningkatkan kesedaran dan pematuhan terhadap kompetensi / standard pekerjaan untuk pekerjaan hijau. Laporan ini merumuskan hasil perbincangan implikasi pekerjaan dan cadangan dasar-dasar pilihan untuk agenda pembangunan keseluruhan Malaysia.

Kajian Kos Buruh Kebangsaan 2016

 

Kajian ini secara umumnya dilaksanakan bagi mengumpul maklumat tahunan berkaitan tahap, komposisi serta evolusi kos tenaga kerja di Malaysia. Kos tenaga buruh dipecahkan kepada dua komposisi iaitu Kos Gaji (gaji asas, elaun tunai, komisyen, bayaran kerja lebih masa, bonus, caruman KWSP, caruman PERKESO dan lain-lain caruman skim persaraan) dan kos bukan gaji (caruman PSMB, kemudahan dan faedah, SPPA, bayaran pampasan penamatan pekerjaan dan kos pengambilan pekerja). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan borang soal selidik secara dalam talian. Liputan kajian ini adalah pertubuhan (establishments) swasta bagi semua industri pada peringkat 1Digit Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC 2008) dan semua kategori pekerjaan pada peringkat 2 Digit Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO 2013). Pengumpulan maklumat adalah terbahagi kepada 3 pecahan iaitu pekerja tempatan, pegawai dagang/penduduk tetap (permanent residents) dan pekerja asing pemegang Permit Lawatan Kerja Sentara (PLKS). Bulan rujukan yang digunakan bagi pengumpulan maklumat bulanan adalah Jun 2016, manakala maklumat tahunan adalah berpandukan tahun 2015. Rangka persampelan (sampling frame) diambil daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan menggunakan metodologi persampelan strata. Kerja lapangan soal selidik bagi kajian ini berlangsung daripada 12 September 2016 sehingga 30 Disember 2016. Laporan lengkap kajian ini dijangka siap pada pertengahan 2017

Imbas Persekitaran (ES): Isu Modal Insan Di Dalam Sektor Jentera / Peralatan dan Kejuruteraan Lanjutan (ME & AE)

 

Projek ini adalah inisiatif pertama bagi Jawatankuasa Kemahiran Industri (JKI) yang diketuai oleh MITI. JKI ditubuhkan di bawah Majlis Modal Insan peringkat Kabinet berdasarkan hasil kertas strategi RMK11. Sektor ME & AE adalah salah satu daripada 10 Jawatankuasa Kerja Industri yang ditubuhkan sebagai satu mekanisme bagi keterlibatan aktif industri dalam menangani jurang isu sumber manusia. Secara prinsip, ES akan dilaksanakan oleh kumpulan industri yang dikenal pasti dalam Jawatankuasa Kerja Industri. Memandangkan kajian ini adalah kajian rintis,MIDA dan ILMIA telah menjalankan kajian ini. Dokumentasi template kajian ES akan direplikasi untuk siri ES seterusnya yang akan dilaksanakan oleh 9 lagi sektor dalam Jawatankuasa Kerja Industri. Tumpuan utama kajian ES adalah untuk mengkaji implikasi pembangunan kemahiran dan perancangan tenaga kerja berpunca dari perkembangan faktor perniagaan yang akan memberi impak kepada syarikat bagi sektor ini. Metodologi kajian ES ini adalah berdasarkan fakta yang diperolehi daripada perbincangan yang berterusan serta kaji selidik berkala mengenai pandangan pemain industri terhadap 1) prospek dan trend industri; 2) isu-isu mengenai keperluan tenaga kerja di industri dan kelayakan serta kemahiran; dan 3) respons institusi TVET dan institusi pendidikan kepada keperluan pekerjaan kritikal industri.Kajian ES boleh menjadi sebahagian daripada "Early Warning System" untuk mengesan tren perniagaan dan membantu membina sistem latihan kemahiran pekerja yang utuh supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Soal Selidik Kos Tenaga Kerja Kebangsaan 2017

 

Maklumat berhubung kos penggajian atau kos buruh merupakan maklumat yang penting untuk dirujuk oleh Kerajaan dalam merangka dasar terutamanya berkaitan guna tenaga, gaji dan upah. Soal Selidik Kos Tenaga Kerja Kebangsaan 2017 merupakan satu kajian yang dijalankan oleh ILMIA di bawah Akta Maklumat Pekerjaan 1953. Soal selidik ini bertujuan untuk mengumpul maklumat berkenaan dengan kos tenaga kerja seperti bilangan pekerja, jam bekerja, gaji pokok, kos kemudahan dan faedah daripada firma dan majikan yang berdaftar di Malaysia. Maklumat ini akan digunakan untuk memantau petunjuk kos tenaga kerja dan untuk menyumbang kepada dasar peningkatan produktiviti.

Data untuk kajian ini diperolehi melalui kaedah :

  1. Data Primer – Soal selidik atas talian akan dihantar melalui emel kepada pertubuhan/ syarikat yang merangkumi semua sektor dan subsektor ekonomi
  2. Data Sekunder – Maklumat / data diperoleh dari laporan, kajian, artikel yang dikeluarkan sama ada oleh Kerajaan atau mana-mana pihak yang berkaitan

Environmental Scan: Food and Beverages Sector – Expansion on the Halal Industry

 

Sektor makanan dan minuman (F&B) telah menyumbang sebanyak 5.3% secara purata kepada KDNK dari tahun 2010-2015, yang meliputi sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sumbangan kepada KDNK yang semakin meningkat itu juga selari dengan perkembangan keperluan tenaga buruh, di mana 1.3 juta atau 15% tenaga buruh negara sedang bekerja di dalam sektor tersebut. Namun begitu, Blueprint Produktiviti Malaysia (MPB) telah mengenalpasti beberapa cabaran di dalam sektor F&B, seperti kebergantungan yang tinggi kepada pekerja berkemahiran dan berpendapatan rendah serta penggunaan teknologi yang rendah.

Secara umumnya matlamat utama kajian ini adalah untuk menjalankan analisis komprehensif bagi mensintesis industri dan guna tenaga dalam sektor F&B, dengan lanjutan kepada industri halal. Selain itu, kajian ini juga akan membuat penilaian terhadap perspektif makro dan mikro dari sudut penawaran dan permintaan industri, dengan menggabungkan ekosistem pendidikan dan latihan; jurang kemahiran dan bakat; pekerjaan kritikal; dan juga pertumbuhan dan cabaran industri. Penemuan ini diharapkan dapat menyokong pembentukan dasar negara, meningkatkan keupayaan institusi dan menyediakan strategi pekerjaan berasaskan dapatan kajian.

Kajian ini menggunakan empat metodologi seperti berikut:

  1. Profil industri – untuk memahami landskap ekonomi dan tenaga buruh di dalam sektor F&B menggunakan data kebangsaan.
  2. Soal selidik atas talian – menghantar soalan selidik kepada pertubuhan/ syarikat yang berkaitan dengan F&B melalui emel
  3. Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) – beberapa siri perbincangan bersama pihak berkepentingan dan wakil industri untuk mendapatkan maklumat mendalam dan pengesahan dapatan kajian.
  4. Kajian kes – menilai profil guna tenaga di dalam sektor tidak formal.

Kajian Rakyat Malaysia yang Bekerja di Singapura – Fasa 2

 

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu profil komprehensif rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, sama ada yang berulang-alik ke Singapura dan juga warga Malaysia yang tinggal di Singapura. Projek ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kaedah campuran di mana kedua-dua pendekatan kuantitatif dan kualitatif akan digunakan untuk mengkaji faktor, isu dan masalah yang mempengaruhi rakyat Malaysia untuk bekerja di Singapura. Para penyelidik akan mengedarkan soal selidik secara manual dan dalam talian untuk meningkatkan jumlah responden yang menjawab soal selidik yang diedarkan. Soal selidik ini akan disediakan dalam tiga (3) bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin untuk memenuhi keperluan etnik utama responden yang berlainan dalam kajian ini. Temubual semi-struktur juga akan dijalankan terutamanya dengan orang penting atau jabatan yang terlibat dalam membangunkan dan menguruskan tenaga kerja Malaysia serta mempunyai pengetahuan berkenaan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Para penyelidik juga akan mengadakan perbincangan kumpulan berfokus dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mengumpulkan pandangan mereka tentang faktor-faktor yang mempengaruhi rakyat Malaysia untuk bekerja di Singapura. Penemuan kajian ini akan disediakan menjelang akhir tahun 2018.

Kajian Permintaan Dan Penawaran Pekerjaan Bagi Subsektor Logistik Di Malaysia

 

Sektor logistik merupakan satu komponen penting dalam ekonomi, memandangkan peranannya sebagai penyumbang utama bagi sektor ekonomi lain dari segi membantu pergerakan dan mobiliti barang dan meningkatkan hubungan perdagangan antarabangsa. Kajian ini adalah bertujuan untuk memberikan tumpuan tentang aspek modal insan bagi industri logistik Malaysia, memandangkan kemahiran dan kecekapan tenaga kerja adalah komponen utama untuk memajukan industri ini ke hadapan. Kajian ini juga memberikan gambaran keseluruhan mengenai industri dari perspektif global dan domestik, yang meliputi pandangan tentang prestasi logistik serantau dan analisis perbandingan dengan negara-negara logistik terkemuka. Penilaian juga dibuat mengenai tenaga kerja industri logistik Malaysia untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi, dan memberi cadangan untuk menangani isu ini.

Metodologi penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini termasuk:

  1. Data Primer
    • Soal selidik atas talian - soal selidik diedarkan kepada syarikat dalam subsektor logistik melalui e-mel;
    • Soal selidik diedarkan kepada pencari kerja dan graduan baru untuk mengukur persepsi mereka tentang industri logistik;
    • Perbincangan kumpulan fokus (FGD) dan sesi dialog - beberapa siri pertemuan diaturkan dengan pemegang taruh dan wakil industri untuk mengumpul maklumat dan pandangan mereka serta mendapatkan pengesahan mengenai hasil kajian.
  2. Data Sekunder – Data / Maklumat dikumpulkan dari kajian, laporan dan artikel yang diterbitkan / disediakan oleh kerajaan, industri, akademik atau pihak berkepentingan yang berkaitan.


Inventori Penyelidikan Semasa Yang Telah Selesai : Sebelum 2015

Kajian Keperluan Modal Insan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur

 

Kajian ECER memberi tumpuan kepada isu jurang bakat dan permintaan-penawaran tenaga kerja dalam tiga (3) kluster ekonomi di Wilayah ini : a) Pelancongan – sasaran kepada eko-pelancongan, tarikan budaya dan warisan, keindahan pulau dan pantai; b) Pembuatan bagi subsektor seperti automotif, bioteknologi dan industri makanan halal; dan c) Minyak dan Gas dan aktiviti Petrochemical. Wilayah Ekonomi Pantai Timur dikatakan berhadapan dengan masalah tidak berupaya menarik bakat, penghijrahan keluar tenaga kerja berkemahiran dan kekurangan infrustruktur. Di antara tindakan yang dicadangkan diambil untuk memenuhi cabaran keperluan modal insan adalah untuk menubuhkan pusat-pusat latihan di mana program-program yang ditawarkan memenuhi permintaan pelanggan untuk bakat tertentu. Penekanan perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran pekerja professional dan separa mahir termasuk kemahiran insaniah, terutamanya dalam penguasaan Bahasa dan keupayaan berkomunikasi serta kerja berpasukan. Selain itu, isu berkaitan struktur gaji dan skim imbuhan juga perlu ditangani bagi kategori pekerjaan yang kritikal.

Kajian Mengenai Dasar Pasaran Buruh dan Isu-Isu Yang Dihadapi Untuk Malaysia Bergerak ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi

 

Dalam pengumpulan analisis-analisis ringkas mengenai dasar pasaran buruh, penumpuan diberikan kepada empat (4) bidang utama berkaitan perhubungan perusahaan, isu-isu perburuhan, isu keselamatan pekerja dan pengkayaan modal insan. Isu-isu dasar perburuhan dalam empat (4) bidang ini dikaji berasaskan kepada pelbagai kertas kerja dan 22 topik yang dikenalpasti di bawah projek ini. Dapatan kajian mengesahkan sememangnya terdapat ketidaksepadanan di antara kualiti pekerja dan keperluan industri; ditambah pula dengan isu ketidaksamaan dari segi kandungan dan kelayakan di peringkat sijil/ diploma, kandungan kurikulum dan latihan tidak berorientasikan kepada keperluan majikan, serta kekurangan yang kritikal dalam komunikasi, kemahiran kognitif dan bukan kognitif. Oleh itu, program-program pekerjaan perlu ditambahbaik bagi membolehkan wanita berkemahiran kembali ke pasaran buruh, menyediakan golongan belia untuk memasuki alam pekerjaan dan membantu dan memberi peluang kepada mereka yang kurang upaya. Akhirnya, perkhidmatan pekerjaan awam perlu dipertingkatkan dan dasar pasaran buruh yang aktif harus diperkenal dan diberi galakan.

Kajian terhadap Pekerjaan Sektor Tidak formal di Malaysia

 

Kajian mengenai pekerjaan tidak formal sebagai usaha untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi, terutamanya wanita dan remaja, dalam mengambil bahagian dalam sektor tidak formal dan meneliti dasar yang dapat menarik pekerja di sektor ini kembali ke dalam kegiatan formal dengan mengurangkan halangan untuk menubuhkan perniagaan secara formal. Penemuan kajian menunjukkan bahawa pekerja di sektor tidak formal bergelut dalam mewujudkan perniagaan stabil di bawah keadaan yang sukar dalam meneruskan kehidupan. Perniagaan tidak formal menawarkan kelonggaran dan fleksibiliti dalam pengaturan pekerjaan bagi menyokong keperluan masyarakat berpendapatan rendah. Cabaran utama yang dihadapi oleh sektor ini adalah akses kepada pembiayaan modal kerja, dengan sokongan yang tidak mencukupi atau tidak sesuai dari pihak kerajaan dan juga sektor kewangan. Peserta sektor informal melihat bahawa dasar kerajaan lebih bertujuan untuk menghapuskan aktiviti mereka dan bukan strategi yang lebih inklusif untuk mengasimilasikan fungsi bagi segmen masyarakat yang kurang bernasib baik.

Kajian Permintaan dan Penawaran Bakat Untuk Pekerjaan Profesional Bagi Memenuhi Keperluan Ekonomi Berpendapatan Tinggi Pada 2020

 

Kajian untuk pekerjaan professional ini bertujuan untuk menilai ketidakseimbangan dalam pasaran kerja, seperti isu banyak pekerjaan kritikal yang sering menghadapi masalah kekurangan pekerja di tengah-tengah peningkatan jumlah graduan yang berlebihan bagi beberapa jawatan profesional. Sepuluh kategori pekerjaan profesional yang dikaji terdiri daripada jurutera, juru ukur, arkitek, peguam, akauntan, doktor, doktor gigi, pakar bedah veterinar, pakar ICT dan juruteknik fizikal, sains kejuruteraan & sokongan pengkomputeran. Kajian ini melibatkan 23 sektor ekonomi dan subsektor. Kajian ini mengkaji tren bagi pekerjaan-pekerjaan ini, perkembangan upah dan gaji, peluang peningkatan dan pembaharuan kemahiran untuk professional, serta permintaan dan penawaran untuk beberapa jenis pekerjaan yang dipilih. Cadangan dalam kajian ini agak serupa dengan cadangan dalam kajian-kajian koridor yang lain iaitu menekankan pentingnya kerjasama industri dan akademik untuk memenuhi keperluan bakat dan memperkasakan program untuk meningkatkan dan memperbaharui kemahiran. Terdapat cadangan untuk mewujudkan dasar yang bertujuan untuk meningkatkan kadar penyertaan profesional wanita. Keperluan untuk mewujudkan sistem data yang lebih baik bagi mengesan pekerjaan profesional dan perkembangan permintaan dan penawaran bagi pekerjaan berkenaan turut diberi penekanan.

Kajian Kesan Upah Minimum Terhadap Ekonomi Dan Tingkat Pendapatan Pekerja 2014

 

Fokus utama kajian ini adalah mengenai impak pelaksanaan gaji minima terhadap pekerja dan majikan sejak pelaksanaan pada Januari 2013. Kajian ini juga akan digunakan bagi kajian semula kadar gaji minima dan liputannya yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan. Berdasarkan data sedia ada, dapatan menunjukkan bahawa 25% responden di kalangan majikan mengalami kos yang lebih tinggi dengan peningkatan sekitar 27%. Ini telah mengakibatkan hampir 55% responden majikan berkecenderungan untuk mengurangkan pekerja tempatan berbanding dengan pekerja asing dan hanya 9% responden majikan yang akan memilih untuk mengurangkan pekerja asing. Sebahagian besar majikan memilih untuk meningkatkan harga produk dan mengurangkan bayaran elaun dan bayaran tunai yang lain ketika menghadapi kenaikan kadar upah. Sebilangan majikan juga tidak mempunyai kefahaman tentang definisi asas upah/gaji dan gaji minimum. Terdapat kenaikan purata gaji bagi setiap pekerja pada tahun 2013 berbanding 2011. Selain itu terdapat pengurangan bilangan pekerja sambilan (bekerja antara 1 -19 jam seminggu) berbanding yang bekerja 35 jam seminggu.

Kajian Greater KL / Klang Valley

 

Kajian Greater KL / Klang Valley menilai jurang kemahiran serta permintaan dan penawaran modal insan dalam lima industri di Bandar Raya Kuala Lumpur/ Lembah Klang iaitu: a) pengangkutan, b) perkongsian perkhidmatan penyumberluaran, c) Petroleum & gas asli, d) rangkaian bekalan & edaran, dan e) pengurusan sisa & bekalan air. Bagi setiap industri ini, fokus diberikan pada satu aktiviti tertentu yang dikenal pasti sebagai pemacu sektor tersebut. Oleh itu, kajian ini tertumpu pada (a) MRT / Rangkaian Kereta api Laju (Perkhidmatan Kejuruteraan); (b) pengetahuan proses penyumberluaran (Perkhidmatan Kewangan); (c) aktiviti hiliran; (d) aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman; dan (e) perunding alam sekitar. Secara keseluruhan, hasil kajian didapati bahawa kekurangan penawaran siswazah bagi aktiviti rangkaian bekalan & edaran dan pekerja TVET separa mahir dalam aktiviti pengangkutan. Manakala, permintaan pula mengatasi penawaran bagi bidang pekerjaan teknologi hijau, terutamanya untuk profesional tanpa pengalaman. Oleh itu, saranan diberikan supaya meningkatkan kerjasama industri-institusi pendidikan untuk memenuhi keperluan kemahiran dan menyokong inisiatif penyelidikan dan pembangunan untuk merangsang inovasi, produktiviti dan mengembangkan industri yang disasarkan. Promosi penerimaan internship di kalangan SMEs perlu dipertingkatkan di samping menanam semangat meningkatkan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan guna tenaga.

Kajian Bank Dunia - Pembangunan Kemahiran untuk Inovasi dan Ekonomi Berpendapatan Tinggi di Malaysia

 

Kajian ini mengkaji keperluan sumber manusia mengikut pekerjaan dan tahap kemahiran bagi setiap sektor ekonomi utama di Malaysia. Kajian ini memberikan pemahaman bagaimana sumber manusia semasa di Malaysia menyumbang kepada, atau menghalang, inovasi dan kepelbagaian ekonomi; Ciri-ciri pasaran buruh dan produk yang mempengaruhi insentif firma untuk melatih pekerja bagi kemahiran yang lebih tinggi; Dan apa implikasi untuk sistem pendidikan dan latihan semasa dan untuk pasaran buruh. Kajian ini menilai jurang kemahiran dan ketidakpadanan pasaran pekerja semasa; dasar dan pembentukan institusi untuk pembangunan kemahiran dan menyediakan reka bentuk model simulasi makro untuk analisis dasar.

Kajian Bank Dunia - Immigrasi di Malaysia: Penilaian Kesan Ekonominya, dan Kajian Semula Sistem dan Polisi

 

Kajian ini mengukur kesan kemasukan pekerja migran ke Malaysia dengan mengenal pasti keperluan sumber manusia di masa depan. Ia memberi gambaran keseluruhan tenaga kerja migran di Malaysia dengan analisis sumber data daripada pekerja dan firma. Terdapat juga gambaran terkini berkaitan perkembangan terkini sistem imigresen yang boleh dijadikan panduan oleh Malaysia. Secara keseluruhannya kajian ini menyimpulkan bahawa kesan ekonomi terhadap kemasukan migran adalah tidak setara merentasi semua segmen populasi guna tenaga dan sektor ekonomi. Pekerja Malaysia dalam kategori mahir dan separa mahir mendapat banyak manfaat dengan kehadiran pekerja migran, tetapi pekerja Malaysia dalam kategori tidak mahir menghadapi kesan negatif dengan kehadiran pekerja migran. Di antara dapatan kajian ini adalah kehadiran pekerja migran telah menyebabkan rakyat Malaysia melabur di dalam pendidikan bagi membolehkan mereka bekerja di dalam pekerjaan berkemahiran tinggi dan kritikal yang telah dikenal pasti oleh kerajaan dalam usaha mencapai negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Kajian ILO-Prosiding Bengkel Antarabangsa mengenai "Implikasi Pekerjaan oleh Langkah-langkah dan Dasar berkaitan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Menyusun Hala Tuju Malaysia ke arah mencapai Ekonomi Hijau

 

Laporan ini mengandungi hasil prosiding Bengkel Antarabangsa yang telah diadakan pada 5-6 Mei 2015 sebagai acara utama Projek Green Jobs Malaysia, satu inisiatif di bawah Program Pekerjaan Hijau ILO untuk rantau Asia dan Pasifik. Projek ini telah memadankan senarai pekerjaan hijau dalam sektor-sektor utama ekonomi Malaysia yang memperlihatkan kelaziman kerja-kerja hijau (tersedia dalam penerbitan), membina dan memperluaskan Malaysian Dynamic Social Accounting Matrix (DySAM) yang membolehkan analisis dan pemodelan untuk menyokong penggubalan polisi yang penting untuk membangunkan landasan dalam peralihan ke arah ekonomi yang lebih hijau dan telah mengambil pendekatan pembangunan kapasiti untuk meningkatkan kepakaran di kalangan pakar tempatan dari institusi kerajaan, akademik dan institusi lain. Bengkel ini membolehkan penyebaran yang lebih luas hasil kajian pemadanan pekerjaan hijau, hasil penyelidikan analitikal DySAM termasuk pemodelan senario, penilaian keperluan kemahiran serta kerja untuk meningkatkan kesedaran dan pematuhan terhadap kompetensi / standard pekerjaan untuk pekerjaan hijau. Laporan ini merumuskan hasil perbincangan implikasi pekerjaan dan cadangan dasar-dasar pilihan untuk agenda pembangunan keseluruhan Malaysia.

Kajian UPM- Sistem Pemodelan Pembangunan Sumber Manusia; Sistem Integrasi Pembangunan Ekonomi dan Tenaga Kerja.

 

Kajian ini meninjau pelaksanaan Sistem Integrasi Pembangunan Tenaga Kerja Sumber Manusia dan Ekonomi (MEDIS) sebagai alat untuk menganggarkan keperluan tenaga kerja dan pengurusan pasaran buruh yang berfungsi dengan baik agar kekal berdayasaing di pasaran global dan untuk memenuhi permintaan Ekonomi baru, terutamanya berkaitan dengan keperluan tenaga kerja sub sektor. Kajian ini menggariskan keupayaan MEDIS untuk dibandingkan dengan model ekonomi lain yang tersedia kepada Kerajaan Malaysia dan juga menggariskan bagaimana sistem berfungsi dan kepelbagaian aplikasinya.

Kajian UPM - Pengintegrasian Perancangan Tenaga Kerja dalam Kerangka Multisektoral

 

Kajian ini bertujuan untuk membangun satu rangka kerja yang akan mengintegrasi pelbagai sub sektor Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) ke dalam Sistem Integrasi Tenaga Manusia dan Ekonomi (MEDIS). Ia mengkaji integrasi kajian yang dijalankan dalam sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan perniagaan, upah, produktiviti buruh dan intensiti modal, pelancongan dan tenaga kerja serta sistem pembangunan ekonomi ke dalam MEDIS. Kajian ini juga menentukan sama ada terdapat sebarang bidang yang berpotensi untuk menambahbaik perancangan tenaga kerja dan program pembangunan modal insan pada masa depan. Dengan mengintegrasikan pelbagai kajian sub sektor ini, laluan untuk mengenal pasti kekurangan dan lebihan tenaga kerja pada masa akan datang dapat dikenalpasti supaya tindakan segera dapat diambil pada masa tersebut; contohnya program pengambilan dan pemilihan berdasarkan perancangan tenaga kerja, dan untuk mengenal pasti kemahiran yang sedia ada dan program latihan khusus untuk membangunkan kemahiran tersebut.

Kajian Keperluan Modal Insan bagi Sub-Sektor Penjagaan Kesihatan di Malaysia

 

Kajian ini menganalisis dan mencadangkan polisi untuk keperluan pekerjaan dan latihan untuk pelbagai sub-sektor di bawah sub sektor Penjagaan Kesihatan di Malaysia. Ia memberi tumpuan kepada keperluan permintaan dan penawaran modal insan di peringkat sub-sektor dan mengenal pasti jurang kemahiran dalam memenuhi keperluan bagi pekerjaan penjagaan kesihatan berpotensi baru untuk jangka pendek, sederhana dan panjang. Ia mengkaji sub sektor farmaseutikal, peranti perubatan, warga tua dan pelancongan penjagaan kesihatan, dan menyediakan analisa penawaran dan permintaan serta analisa jurang kemahiran.

Kajian Keperluan Modal Insan Untuk Wilayah Pembangunan Sabah

 

Kajian ini memberikan gambaran tentang bakat dan jurang dalam permintaan dan penawaran bagi buruh mahir dan separuh mahir dalam empat subsektor terpilih di Sabah. Kajian ini mengenal pasti jurang bakat berdasarkan keperluan pembangunan dan menyediakan strategi penanda aras dan amalan terbaik dari negara-negara sedang membangun dan maju yang boleh diterima pakai untuk memastikan kelestarian bakat dalam Wilayah Pembangunan Sabah untuk keperluan semasa dan masa depan. Ia menggariskan isu dan inisiatif modal insan di Sabah, dan menawarkan analisis permintaan dan penawaran modal insan berasaskan sektor dan cabaran utama yang dihadapi oleh sub sektor ini.

Keperluan Modal Insan untuk Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor Utara (NCER)

 

Kajian ini mengkaji keperluan modal insan bagi empat subsektor terpilih dalam NCER iaitu Light Emitting Diode (LED) / Solid State Lighting (SSL), Peranti Perubatan / Teknologi, Pelancongan Perubatan dan Pelancongan Warisan Budaya. Ia mengenalpasti penawaran dan permintaan modal insan bagi setiap sub sektor dan menggariskan amalan dan strategi yang baik yang boleh diterima pakai dari negara membangun dan negara maju untuk memastikan kemampanan kemahiran untuk keperluan pembangunan koridor. Kajian ini memberikan pemahaman yang luas tentang landskap kemahiran dalam empat sub sektor ini dan mengenal pasti jurang-jurang keperluan kemahiran bagi setiap sub sektor ini. Ia juga merumuskan pelan tindakan untuk memastikan bakat lestari dalam setiap sub sektor ini.

Kajian Mengenai Keperluan Modal Insan Bagi Wilayah Ekonomi Iskandar Malaysia

 

Kajian ini meninjau landskap bakat bagi empat sub sektor terpilih di Iskandar Malaysia, iaitu:Pelancongan, Industri Kreatif, Penjagaan Kesihatan serta Minyak dan Gas. Ia mengenalpasti permintaan dan penawaran terhadap modal insan dalam subsektor ini dan menyerlahkan amalan dan strategi yang baik dari negara-negara membangun dan negara lain yang boleh dicontohi untuk memastikan kemampanan bakat bagi pembangunan koridor yang memenuhi keperluan kewangan. Kajian ini memberikan pemahaman yang luas berkenaan landskap bakat dalam empat sub sektor dan juga mengenal pasti permintaan dan penawaran terhadap bakat serta jurang keperluan bakat. Ia telah membangunkan rancangan yang boleh diambil tindakan untuk setiap sub sektor yang dipilih. Kajian ini juga telah membangunkan pelan tindakan untuk setiap sub sektor terpilih.

Kajian Struktur Upah dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Kesannya terhadap Produktiviti Buruh dan Intensiti Modal

 

Kajian ini menganalisis trend dan perubahan struktur upah bagi kumpulan pekerjaan dalam sektor-sektor utama termasuk perbezaan gaji antara industri, kumpulan pekerjaan, pencapaian pendidikan, jantina, dan lain-lain. Ia mengkaji kesan struktur upah ke atas produktiviti buruh dan intensiti modal dalam ekonomi . Ia menilai bagaimana pekerja diberi imbuhan untuk aktiviti pengeluaran dan produktiviti mereka dan manfaatnya kepada kedua-dua majikan dan pekerja yang akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Ia mempunyai tumpuan khusus kepada sektor NKEA. Dasar kerajaan untuk meningkatkan tahap pendapatan telah menaikkan tahap upah di tangga atas struktur gaji. Pada masa yang sama, dasar pekerja asing menyebabkan tekanan untuk menurunkan tahap upah di aras bawah. Daya saing buruh telah dicapai sebahagian besarnya dengan mengurangkan kos buruh per unit. Pasaran buruh kelihatan dipengaruhi oleh polisi penawaran tenaga buruh kos rendah. Bukti menunjukkan bahawa Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS) dalam sektor pembuatan belum lagi dipraktikkan dengan berkesan.

Kajian Keperluan Sumber Manusia – Sektor Perkhidmatan Perniagaan

 

Kajian ini mengenalpasti keperluan kemahiran dalam subsektor Perkhidmatan Perniagaan; melaksanakan analisis jurang kemahiran; mengemukakan cadangan isu-isu dan dasar strategik untuk pembangunan modal insan; dan mengemukakan pelan tindakan untuk memenuhi keperluan sumber manusia dalam sektor Perkhidmatan Perniagaan. Kajian ini menilai isu-isu dalam beberapa subsektor, iaitu Penyelenggaraan Penerbangan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) dan Pure Play Engineering (meliputi perkhidmatan ketenteraan dan komersil yang dibahagikan kepada segmen, komponen, enjin dan segmen MRO berat, ditambah dengan segmen sokongan); Pembaikan dan Pembinaan Kapal (Kapal perlindungan SBSR, struktur terapung, layar, kipas, sauh, penyelenggaraan); Dan Teknologi Hijau (GreenTech meliputi Bangunan Hijau, Pengurusan Sisa, dan Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO). Ia juga menganalisis segmen tenaga kerja kritikal, set kemahiran yang diperlukan, keadaan penawaran tenaga kerja dan menentukan saluran penawaran bakat serta amalan terbaik dalam dasar untuk memenuhi jurang kemahiran.

Kajian Keperluan Keperluan Guna Tenaga Untuk Sub-Sektor Pelancongan Di Malaysia, Vol. 1-6

 

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan kemahiran dalam sub-sektor Pelancongan; melakukan analisis jurang kemahiran; memberikan strategi dan dasar strategik untuk pembangunan modal insan; dan mengemukakan pelan tindakan untuk memenuhi keperluan sumber manusia dalam subsektor Pelancongan. Kajian ini akan meliputi 5 subsektor iaitu, penginapan (meliputi 1-5 bintang hotel, pusat peranginan dan rumah tetamu); perkhidmatan pelancongan (meliputi agensi pelancongan, pembungkusan, tempahan, tiket dan pemandu pelancong); makanan dan minuman; perkhidmatan pengangkutan (meliputi teksi, kereta sewa, perkhidmatan bas); dan perniagaan runcit & taman tema (meliputi hiburan, bersiar-siar, membeli-belah, permainan). Kajian ini juga akan membuat penilaian terhadap profil demografi pelajar, pengalaman bekerja dan program latihan industri bagi meningkatkan kurikulum kursus dan pendidikan bagi memenuhi kehendak pasaran subsektor pelancongan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa daya saing tenaga kerja telah bertambah baik seperti yang ditunjukkan dalam penurunan kos buruh unit dari tahun 2002 hingga 2011, akan tetapi penurunan kos buruh ini telah mengakibatkan pengurangan pendapatan pekerja dan menjadikan pekerjaan di subsektor ini hilang daya tarikan di dalam menarik dan mengekalkan bakat. Kajian ini juga mendapati terdapat kekurangan dari segi kemahiran terutama berkomunikasi dan bahasa yang merupakan kemahiran utama bidang ini dan diikuti oleh khidmat pelanggan dan prosedur perhotelan.

Kajian ILO-Pemadanan Pekerjaan Hijau: Malaysia

 

Kajian ini memberikan gambaran secara menyeluruh berkaitan kelaziman pekerjaan hijau merentasi sektor dan ekonomi Malaysia serta menilai hubungan antara pekerjaan dan persekitaran ekonomi di peringkat kebangsaan. Ia memetakan pekerjaan hijau yang terdapat di dalam pasaran buruh Malaysia melalui pembangunan dan penggunaan Green Dynamic Social Accounting Matrix (DySAM). Kajian ini memberikan anggaran bilangan pekerjaan hijau, tahap aktiviti ekonomi yang bergantung kepada persekitaran di Malaysia dan kesan pekerjaan terhadap dasar yang berkaitan dengan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan hubungan statistik antara dasar-dasar alam sekitar dan ekonomi dan kesan terhadap pekerjaan. Ia juga menilai kesan sosio-ekonomi dasar yang dipacu oleh alam sekitar dengan tujuan untuk menyediakan asas kepada jangkaan terhadap kemahiran hijau dalam sektor utama ekonomi Malaysia.


Penyelidikan Yang Sedang Berlangsung

Pembangunan Indeks Gaji

 

Satu projek untuk membangunkan indeks gaji kebangsaan (NWI) telah laksanakan oleh ILMIA bagi memenuhi inisiatif yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11). NWI akan mengukur perubahan gaji dan upah dalam pasaran buruh Malaysia, dengan perincian mengikut kategori pekerjaan utama MASCO dan sektor ekonomi MISC, bersama-sama dengan maklumat sosio-ekonomi yang lain. NWI akan dibangunkan berdasarkan kajian sampel secara suku tahun dengan sampel kajian sekitar 3,000 firma, bermula pada suku terakhir bulan September 2016. Penerbitan hasil daripada NWI hanya akan dikeluarkan sehinggalah penilaian terhadap hasil NWI meliputi sekurang-kurangnya 6 suku tahunan selesai, mengikut amalan terbaik antarabangsa atau paling awal pada Mac 2018. Adalah dijangkakan beberapa penemuan awal akan dikongsikan dengan pihak yang berminat bagi tujuan perbincangan dan mencari maklum balas dalam interim bagi memperkukuh NWI yang dibangunkan.


 

Lain-lain Penyelidikan Yang Sedang Berlangsung

Jawatankuasa Kemahiran Kritikal (CSC) - Mengemaskini Senarai Pekerjaan Kritikal Malaysia (COL 2016)

 

CSC dipengerusikan secara bersama oleh Talent Corporation (TC) dan ILMIA dalam Jawatankuasa Kemahiran Industri yang ditubuhkan di bawah Majlis Pembangunan Modal Insan peringkat Kabinet susulan RMK11. Berikutan penerbitan COL 2015 yang pertama (lihat penerbitan), inisiatif berterusan akan menyumbang kepada penghasilan COL2016 yang terkini dan dijangka ianya siap awal 2017. COL merupakan sebahagian daripada rangka pemantauan yang dapat memberikan maklumat lebih tepat dan berterusan bagi penggubalan dasar modal insan dan program untuk menyelaraskan ketidakseimbangan tenaga kerja dan kemahiran dalam ekonomi. COL 2015 telah digunakan sebagai input bagi pihak universiti membuat penilaian kursus universiti; Program latihan kemahiran siswazah, Returning Expert Programme TC (REP), pengurusan biasiswa dan aplikasi untuk sistem Residence Pass - Talent (RP-T). COL 2016 dapat memberi gambaran lebih meluas liputan pekerjaan kritikal untuk industri dan pekerjaan, termasuk pekerjaan separa mahir.

Pembangunan Gudang Data Maklumat Pasaran Buruh (LMIDW)

 

LMIDW adalah merupakan salah satu tonggak utama ILMIA bagi menjadi sebuah pusat kecemerlangan, gerbang dan pusat sehenti bagi maklumat pasaran buruh negara. LMIDW akan memusatkan penyimpanan dan capaian ke atas semua maklumat yang berkaitan dengan tenaga kerja dan tempat pekerjaan, berperanan untuk meminimumkan jurang maklumat statistik pasaran buruh, menyeragamkan konsep-konsep yang digunakan, menyediakan analisis mendalam serta menyebarluas maklumat serta menyokong pembuatan keputusan dan formulasi polisi. Projek LMIDW telah bermula pada tahun 2013 dan kini telah memasuki Fasa IV yang meliputi tempoh 2016-2017. Fasa IV akan menumpukan kepada penubuhan inisiatif perkongsian data melalui persekitaran terbuka serta pembangunan Sistem Pengurusan Aliran Data bersama agensi di bawah KSM dan agensi kerajaan yang lain serta badan berkanun yang terlibat dalam pengumpulan maklumat berkaitan pasaran buruh.

Kajian pencari Kerja 2017

 

Objektif Kajian Pencari kerja adalah untuk memberikan profail pencari kerja yang berdaftar dengan JobsMalaysia, mengenalpasti isu cabaran dan kesediaan pencari kerja di dalam mencari pekerjaan. Kajian ini juga akan meneroka isu pengangguran di kalangan belia. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif dan juga kuantitatif. Borang soalselidik secara dalam talian akan digunakan dengan menggunakan persampelan pencari kerja yang terdapat di dalam JobsMalaysia. Perbincangan di dalam kumpulan semasa Karnival Pekerjaan Anjuran JobsMalaysia juga akan digunakan di dalam pengumpulan maklumat. Kajian ini juga merupakan kerjasama di antara ILMIA dan JobsMalaysia bagi tahun 2017 dan dapatan kajian akan diperolehi pada akhir 2017.

Projek-projek lain yang melibatkan ILMIA

 

  1. Kajian Mengenai Pengurusan Modal Insan di Dalam Industri Pembinaan di Malaysia Oleh Construction Industry Development Board (CIDB).
  2. Kajian Berasaskan Hasil Mengenai Keberkesanan Insentif Latihan kepada SME di Bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh oleh Kementerian Sumber Manusia.


Penyata Guna Tenaga Kebangsaan

Kajian Guna Tenaga Kebangsaan

 

ILMIA telah menjalankan Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) sejak tehun 2007. Kajian NER sekarang dijalankan bagi menggantikan kajian yang terdahulu yang dikenali sebagai Kajian Guna Tenaga Tahunan (AER).

NER dijalankan setiap dua tahun sekali terhadap firma dan majikan yang berdaftar di Malaysia. Selain memberikan suatu kefahaman terhadap pasaran buruh dan tren gaji di Malaysia, NER merupakan wahana yang berguna untuk membangunkan dasar Sumber manusia.

Kajian NER 2016 mengumpul maklumat bagi tahun 2015, kajian ini diperlukan bagi mengemaskini maklumat pekerjaan, gaji dan upah, tahap kemahiran, latihan kepada pekerja berdasarkan kumpulan pekerjaan utama MASCO. Maklumat tambahan seperti pengambilan dan pemberhentian pekerja, kesan pelaksanaan dasar gaji minima, sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti (PLWS), pegawai dagang serta pekerja asing juga dikumpul bagi tujuan analisis pasaran buruh. Cetakan hasil kajian NER 2016 ini boleh diperolehi mulai pertengahan bulan Julai 2017.

Kajian NER 2013/14 memfokuskan kepada guna tenaga, upah dan kemahiran kumpulan pekerjaan utama pada peringkat pengurusan, profesional dan teknikal. Kaji selidik ini telah dirancang buat kali pertamanya untuk dilaksanakan secara atas talian disamping secara bersemuka.

Kajian NER 2011 telah mengemaskini data tentang guna tenaga terutamanya berkaitan dengan gaji dan upah pekerja Malaysia, kadar pemberhentian pekerja, dan kekurangan kemahiran pekerja. NER 2011 juga mengumpul data berkaitan inovasi dalam kalangan majikan Malaysia. Kajian ini merangkumi hampir 100,000 majikan daripada industri dalam NKEA dan bukan NKEA di Malaysia. Hasil penemuan dari kajian ini membantu dalam mewujudkan suatu definisi standard bagi gaji dan upah, komponennya seperti gaji tetap dan tidak tetap serta elaun. Data tentang kekurangan kemahiran, definisi kemahiran pekerjaan juga akan membantu kerajaan dalam merangka dasar tentang cara untuk mempertingkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja Malaysia.


|