Objektif
Menjalankan Kajian dan Soal Selidik
- Membangunkan Maklumat Utama Pasaran Buruh dan Penanda arasan dengan Negara luar
- Menganalisa jurang permintaan dan penawaran kemahiran
- Menganalisa tren dan implikasi produktiviti buruh
- Menganalisa keperluan pekerjaan di pelbagai sektor mengikut keperluan industri
- Menganalisa keperluan latihan dan kemahiran pada masa hadapan bagi memenuhi permintaan dan potensi sektor pertumbuhan yang tinggi melibatkan kerjasama dengan Jabatan/Bahagian di Kementerian
- Menganalisa data pasaran buruh daripada maklumat bancian penduduk (profil) mengikut negeri, wilayah, jantina, elia, warga emas, OKU, tahap pendidikan, kumpulan pekerjaan dan sektor ekonomi
- Menganalisa impak pekerjaan asing ke atas pasaran buruh
- Menganalisa tren kadar upah dan penanda aras dengan Negara lain
Membangunkan Maklumat Pasaran Buruh
- Mewujudkan pangkalan data berpusat sebagai asas bagi analisis yang mendalam ke atas pasaran buruh
- Mengurangkan jurang maklumat pasaran buruh sedia ada
- Melaksanakan penyelidikan bersama dengan badan penyelidik antarabangsa seperti Bank Dunia, Pertubuhan Buruh Antarabangsa, dan Institut Perburuhan di negara lain seperti Jepun dan Korea
- Membuat unjuran permintaan dan penawaran gunatenaga secara keseluruhan melibatkan sektor-sektor utama industri
- Bekerjasama dengan stakeholders dalam isu-isu permintaan gunatenaga, pendidikan dan latihan kemahiran