Soal Selidik
Soal Selidik ILMIA
ILMIA sedaya upaya menyimpan semua rekod berkaitan soal selidik yang meliputi pasaran buruh di Malaysia. Komponen utama adalah berkaitan penerangan mengenai semua soal selidik ILMIA, seperti NER, Indeks Gaji, Kos Buruh, Environmental Scan dan sebagainya serta lain-lain soal selidik yang dikendalikan oleh jabatan dan agensi di bawah KSM. Selain itu, perkongsian juga meliputi soal selidik dan kajian dari agensi kerajaan dan organisasi swasta lain yang mempunyai perjanjian persefahaman dalam aspek perkongsian data dan maklumat melalui platform LMIDW. Dalam masa yang sama, kajian-kajian lain juga akan dikumpulkan dan pautan akan disediakan berdasarkan maklumat yang diberikan.
Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Jabatan Perangkaan Malaysia sedang melaksanakan survei Kajian Diaspora Malaysia di Brunei Darussalam. Survei ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan profil rakyat Malaysia yang berada di Brunei Darussalam.
Klik sini untuk ke laman Soal Selidik
Lain-lain Soal Selidik
ILMIA membuka peluang kepada mana-mana agensi kerajaan atau organisasi swasta untuk mempromosikan soal selidik mereka yang berkaitan maklumat pasaran buruh, tertakluk kepada perjanjian perkongsian yang dipersetujui bersama. Bagi mereka yang berminat, boleh berbuat sedemikian. pautan akan disediakan berdasarkan maklumat yang diberikan.