Penerbitan
Sama seperti penyelidikan, semua penerbitan yang terdapat di ILMIA boleh diakses, sebagaimana amalan biasa bagi kegunaan semua. Kebiasaannya, capaian kepada penerbitan ILMIA merangkumi semua projek penyelidikan, kajian dan output daripada pelbagai aktiviti kerja. Terdapat beberapa penerbitan ILMIA yang hanya disediakan atas permintaan dan dikongsi kepada pihak yang berminat secara terhad. Dalam usaha ILMIA untuk menjadi hub utama dalam penyebaran maklumat berkaitan pasaran buruh, ILMIA juga menyediakan capaian kepada penerbitan yang dibuat oleh agensi kerajaan dan organisasi swasta yang lain, mengikut prosedur perkongsian yang telah dimeterai. Selainnya, pautan akan diberikan kepada entiti masing-masing yang berkaitan.
Penerbitan ILMIA
Critical Occupations List Report 2018/2019
CSC dipengerusikan secara bersama oleh Talent Corporation (TC) dan ILMIA dalam Jawatankuasa Kemahiran Industri yang ditubuhkan di bawah Majlis Pembangunan Modal Insan peringkat Kabinet susulan RMK11. COL merupakan sebahagian daripada rangka pemantauan yang dapat memberikan maklumat lebih tepat dan berterusan bagi penggubalan dasar modal insan dan program untuk menyelaraskan ketidakseimbangan tenaga kerja dan kemahiran dalam ekonomi. COL 2018/2019 dapat memberi gambaran lebih meluas liputan pekerjaan kritikal untuk industri dan pekerjaan, termasuk pekerjaan separa mahir.
Critical Occupations List Report 2016/2017
CSC dipengerusikan secara bersama oleh Talent Corporation (TC) dan ILMIA dalam Jawatankuasa Kemahiran Industri yang ditubuhkan di bawah Majlis Pembangunan Modal Insan peringkat Kabinet susulan RMK11. COL merupakan sebahagian daripada rangka pemantauan yang dapat memberikan maklumat lebih tepat dan berterusan bagi penggubalan dasar modal insan dan program untuk menyelaraskan ketidakseimbangan tenaga kerja dan kemahiran dalam ekonomi. COL 2016/2017 dapat memberi gambaran lebih meluas liputan pekerjaan kritikal untuk industri dan pekerjaan, termasuk pekerjaan separa mahir.
Kajian Keperluan Sumber Manusia – Sektor Perkhidmatan Perniagaan
Kajian ini mengenalpasti keperluan kemahiran dalam subsektor Perkhidmatan Perniagaan; melaksanakan analisis jurang kemahiran; mengemukakan cadangan isu-isu dan dasar strategik untuk pembangunan modal insan; dan mengemukakan pelan tindakan untuk memenuhi keperluan sumber manusia dalam sektor Perkhidmatan Perniagaan. Kajian ini menilai isu-isu dalam beberapa subsektor, iaitu Penyelenggaraan Penerbangan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) dan Pure Play Engineering (meliputi perkhidmatan ketenteraan dan komersil yang dibahagikan kepada segmen, komponen, enjin dan segmen MRO berat, ditambah dengan segmen sokongan); Pembaikan dan Pembinaan Kapal (Kapal perlindungan SBSR, struktur terapung, layar, kipas, sauh, penyelenggaraan); Dan Teknologi Hijau (GreenTech meliputi Bangunan Hijau, Pengurusan Sisa, dan Syarikat Perkhidmatan Tenaga (ESCO). Ia juga menganalisis segmen tenaga kerja kritikal, set kemahiran yang diperlukan, keadaan penawaran tenaga kerja dan menentukan saluran penawaran bakat serta amalan terbaik dalam dasar untuk memenuhi jurang kemahiran.
Bengkel Penglibatan Industri terhadap Permintaan Pekerja Mahir
Laporan ini adalah berdasarkan prosiding dan hasil pembentangan Bengkel Penglibatan Industri yang diadakan 28-29 September 2015 di Hotel Sunway, Kuala Lumpur. Bengkel ini bertujuan untuk merealisasikan strategi teras untuk meningkatkan pembangunan modal insan bagi kemajuan negara seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11. Bengkel dua hari ini adalah salah satu inisiatif untuk mengenal pasti keperluan dan ketersediaan tenaga manusia dengan keperluan kemahiran dalam industri, termasuk kemahiran baru dan masa depan, jurang kemahiran dalam pasaran buruh dan pergerakan buruh serta perubahan upah dan struktur faedah. Penglibatan pelbagai agensi kerajaan, pemain industri dalam sektor swasta, persatuan majikan, kesatuan pekerja dan badan bukan kerajaan yang hadir di bengkel tersebut akan menyebarluaskan maklumat. Oleh itu, kepakaran dan pengalaman terkumpul di bengkel ini akan menghasilkan cadangan yang berguna dan idea baru yang mungkin dipertimbangkan oleh kerajaan.
Labour Cost in Malaysia 2016
Game Changers For Human Capital Development And The Sarawak Corridor: Moving Towards 2020
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan modal insan yang berkaitan dengan usaha pembangunan dan pelaburan yang memberi tumpuan kepada lima nod pertumbuhan dalam SCORE termasuk Kota Samarahan. Lima nod pertumbuhan tersebut ialah Tanjung Manis, Mukah, Samalaju, Baram dan Tunoh, sementara bagi Kota Samarahan pula tumpuan diberikan kepada Daerah Serian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu penawaran dan permintaan modal insan bagi subsektor ekonomi terpilih dalam setiap nod pertumbuhan serta menggariskan amalan dan strategi terbaik yang dapat diterima daripada pengalaman di tempat lain untuk meningkatkan ketersediaan dan kesinambungan bakat untuk keperluan pembangunan SCORE. Permintaan terbesar adalah untuk pekerja separuh mahir dalam industri kajian ini. Majikan juga lebih mengutamakan lepasan siswazah baru yang mempunyai sedikit pendedahan industri di mana ini menunjukkan kepentingan ‘internships’ dan lain-lain latihan industri di institusi pendidikan dan TVET. Pekerjaan dalam industri berat seperti aluminium, keluli dan pembinaan kapal dianggap tidak menarik. Hal ini juga disebabkan isu akses, kos sara hidup dan lokasi kerja terpencil. Pekerjaan kritikal mempunyai permintaan yang tinggi dan berpotensi untuk menghadapi kekurangan guna tenaga seperti ahli mesin CNC, mekanik kenderaan berat dan pemandu pelancong. Kerjasama antara industri dan institusi pendidikan serta penyedia latihan perlu mempunyai program pembangunan kemahiran bersepadu yang relevan untuk keperluan industri. Dengan permintaan yang tinggi dalam pekerjaan separuh mahir, pendidikan TVET perlu dipromosikan untuk mengurangkan persepsi mengenai laluan kerjaya yang tidak menarik.
National Employment Returns 2009
ILMIA telah menjalankan Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) sejak tehun 2007. Kajian NER sekarang dijalankan bagi menggantikan kajian yang terdahulu yang dikenali sebagai Kajian Guna Tenaga Tahunan (AER). NER dijalankan setiap dua tahun sekali terhadap firma dan majikan yang berdaftar di Malaysia. Selain memberikan suatu kefahaman terhadap pasaran buruh dan tren gaji di Malaysia, NER merupakan wahana yang berguna untuk membangunkan dasar Sumber manusia. Kajian NER 2016 mengumpul maklumat bagi tahun 2015, kajian ini diperlukan bagi mengemaskini maklumat pekerjaan, gaji dan upah, tahap kemahiran, latihan kepada pekerja berdasarkan kumpulan pekerjaan utama MASCO. Maklumat tambahan seperti pengambilan dan pemberhentian pekerja, kesan pelaksanaan dasar gaji minima, sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti (PLWS), pegawai dagang serta pekerja asing juga dikumpul bagi tujuan analisis pasaran buruh. Cetakan hasil kajian NER 2016 ini boleh diperolehi mulai pertengahan bulan Julai 2017. Kajian NER 2013/14 memfokuskan kepada guna tenaga, upah dan kemahiran kumpulan pekerjaan utama pada peringkat pengurusan, profesional dan teknikal. Kaji selidik ini telah dirancang buat kali pertamanya untuk dilaksanakan secara atas talian disamping secara bersemuka. Kajian NER 2011 telah mengemaskini data tentang guna tenaga terutamanya berkaitan dengan gaji dan upah pekerja Malaysia, kadar pemberhentian pekerja, dan kekurangan kemahiran pekerja. NER 2011 juga mengumpul data berkaitan inovasi dalam kalangan majikan Malaysia. Kajian ini merangkumi hampir 100,000 majikan daripada industri dalam NKEA dan bukan NKEA di Malaysia. Hasil penemuan dari kajian ini membantu dalam mewujudkan suatu definisi standard bagi gaji dan upah, komponennya seperti gaji tetap dan tidak tetap serta elaun. Data tentang kekurangan kemahiran, definisi kemahiran pekerjaan juga akan membantu kerajaan dalam merangka dasar tentang cara untuk mempertingkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja Malaysia.
Human Capital requirement study for Iskandar Malaysia (IM)
Kajian ini meninjau landskap bakat bagi empat sub sektor terpilih di Iskandar Malaysia, iaitu:Pelancongan, Industri Kreatif, Penjagaan Kesihatan serta Minyak dan Gas. Ia mengenalpasti permintaan dan penawaran terhadap modal insan dalam subsektor ini dan menyerlahkan amalan dan strategi yang baik dari negara-negara membangun dan negara lain yang boleh dicontohi untuk memastikan kemampanan bakat bagi pembangunan koridor yang memenuhi keperluan kewangan. Kajian ini memberikan pemahaman yang luas berkenaan landskap bakat dalam empat sub sektor dan juga mengenal pasti permintaan dan penawaran terhadap bakat serta jurang keperluan bakat. Ia telah membangunkan rancangan yang boleh diambil tindakan untuk setiap sub sektor yang dipilih. Kajian ini juga telah membangunkan pelan tindakan untuk setiap sub sektor terpilih.
Kajian Bank Dunia - Pembangunan Kemahiran untuk Inovasi dan Ekonomi Berpendapatan Tinggi di Malaysia
Kajian ini mengkaji keperluan sumber manusia mengikut pekerjaan dan tahap kemahiran bagi setiap sektor ekonomi utama di Malaysia. Kajian ini memberikan pemahaman bagaimana sumber manusia semasa di Malaysia menyumbang kepada, atau menghalang, inovasi dan kepelbagaian ekonomi; Ciri-ciri pasaran buruh dan produk yang mempengaruhi insentif firma untuk melatih pekerja bagi kemahiran yang lebih tinggi; Dan apa implikasi untuk sistem pendidikan dan latihan semasa dan untuk pasaran buruh. Kajian ini menilai jurang kemahiran dan ketidakpadanan pasaran pekerja semasa; dasar dan pembentukan institusi untuk pembangunan kemahiran dan menyediakan reka bentuk model simulasi makro untuk analisis dasar.
Kajian Kesan Upah Minimum Terhadap Ekonomi Dan Tingkat Pendapatan Pekerja 2014
Fokus utama kajian ini adalah mengenai impak pelaksanaan gaji minima terhadap pekerja dan majikan sejak pelaksanaan pada Januari 2013. Kajian ini juga akan digunakan bagi kajian semula kadar gaji minima dan liputannya yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan. Berdasarkan data sedia ada, dapatan menunjukkan bahawa 25% responden di kalangan majikan mengalami kos yang lebih tinggi dengan peningkatan sekitar 27%. Ini telah mengakibatkan hampir 55% responden majikan berkecenderungan untuk mengurangkan pekerja tempatan berbanding dengan pekerja asing dan hanya 9% responden majikan yang akan memilih untuk mengurangkan pekerja asing. Sebahagian besar majikan memilih untuk meningkatkan harga produk dan mengurangkan bayaran elaun dan bayaran tunai yang lain ketika menghadapi kenaikan kadar upah. Sebilangan majikan juga tidak mempunyai kefahaman tentang definisi asas upah/gaji dan gaji minimum. Terdapat kenaikan purata gaji bagi setiap pekerja pada tahun 2013 berbanding 2011. Selain itu terdapat pengurangan bilangan pekerja sambilan (bekerja antara 1 -19 jam seminggu) berbanding yang bekerja 35 jam seminggu.
Kajian Keperluan Modal Insan bagi Sub-Sektor Penjagaan Kesihatan di Malaysia
Kajian ini menganalisis dan mencadangkan polisi untuk keperluan pekerjaan dan latihan untuk pelbagai sub-sektor di bawah sub sektor Penjagaan Kesihatan di Malaysia. Ia memberi tumpuan kepada keperluan permintaan dan penawaran modal insan di peringkat sub-sektor dan mengenal pasti jurang kemahiran dalam memenuhi keperluan bagi pekerjaan penjagaan kesihatan berpotensi baru untuk jangka pendek, sederhana dan panjang. Ia mengkaji sub sektor farmaseutikal, peranti perubatan, warga tua dan pelancongan penjagaan kesihatan, dan menyediakan analisa penawaran dan permintaan serta analisa jurang kemahiran.
National Employment Returns 2016
National Employment Returns 2009 (Copy)
ILMIA telah menjalankan Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) sejak tehun 2007. Kajian NER sekarang dijalankan bagi menggantikan kajian yang terdahulu yang dikenali sebagai Kajian Guna Tenaga Tahunan (AER). NER dijalankan setiap dua tahun sekali terhadap firma dan majikan yang berdaftar di Malaysia. Selain memberikan suatu kefahaman terhadap pasaran buruh dan tren gaji di Malaysia, NER merupakan wahana yang berguna untuk membangunkan dasar Sumber manusia. Kajian NER 2016 mengumpul maklumat bagi tahun 2015, kajian ini diperlukan bagi mengemaskini maklumat pekerjaan, gaji dan upah, tahap kemahiran, latihan kepada pekerja berdasarkan kumpulan pekerjaan utama MASCO. Maklumat tambahan seperti pengambilan dan pemberhentian pekerja, kesan pelaksanaan dasar gaji minima, sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti (PLWS), pegawai dagang serta pekerja asing juga dikumpul bagi tujuan analisis pasaran buruh. Cetakan hasil kajian NER 2016 ini boleh diperolehi mulai pertengahan bulan Julai 2017. Kajian NER 2013/14 memfokuskan kepada guna tenaga, upah dan kemahiran kumpulan pekerjaan utama pada peringkat pengurusan, profesional dan teknikal. Kaji selidik ini telah dirancang buat kali pertamanya untuk dilaksanakan secara atas talian disamping secara bersemuka. Kajian NER 2011 telah mengemaskini data tentang guna tenaga terutamanya berkaitan dengan gaji dan upah pekerja Malaysia, kadar pemberhentian pekerja, dan kekurangan kemahiran pekerja. NER 2011 juga mengumpul data berkaitan inovasi dalam kalangan majikan Malaysia. Kajian ini merangkumi hampir 100,000 majikan daripada industri dalam NKEA dan bukan NKEA di Malaysia. Hasil penemuan dari kajian ini membantu dalam mewujudkan suatu definisi standard bagi gaji dan upah, komponennya seperti gaji tetap dan tidak tetap serta elaun. Data tentang kekurangan kemahiran, definisi kemahiran pekerjaan juga akan membantu kerajaan dalam merangka dasar tentang cara untuk mempertingkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja Malaysia.
A Talent Gap Study for the Communications Sector in Malaysia
Kajian ini bermula pada tahun 2014 secara bersama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan ILMIA yang bertujuan untuk menganalisis keperluan kemahiran Sektor Komunikasi. Landskap Komunikasi Malaysia dengan penembusan lebih dari 140% telah berkembang dengan pesat melalui jumlah pelanggan dan kecanggihan dalam penawaran perkhidmatan. Pada masa akan datang, dijangka perluasan selanjutnya akan didorong oleh penggunaan data mudah alih dan jalur lebar (tetap dan mudah alih). Persoalan kritikal adalah sama ada Malaysia mempunyai strategi kemahiran yang sepadan untuk menangani perubahan dinamik ini dan mengekalkan momentum pertumbuhan. Kajian ini memberi tumpuan kepada Sub-sektor Telekomunikasi dan menilai isu-isu gunatenaga semasa dan masa depan untuk teknologi talian tanpa wayar dan talian tetap, maklumat dan keselamatan rangkaian dan teknologi baru (seperti analisis pengkomputeran Cloud & Big Data) yang mempengaruhi industri komunikasi. Satu rangka kerja klasifikasi pekerjaan telah dibangunkan dimana ia merangkumi 29 kategori pekerjaan utama, 139 fungsi pekerjaan dan 316 kecekapan teknikal yang relevan untuk bidang fokus terpilih. Keperluan tenaga kerja mahir semasa dan masa depan dinilai dalam konteks permintaan industri dan pekerja dari entiti pendidikan dan latihan. Tenaga kerja sektor telekomunikasi perlu disesuaikan dan tangkas untuk memenuhi trend industri dinamik yang sentiasa berubah dan ini menunjukkan keperluan untuk meningkatkan semula kemahiran pekerja yang berterusan. Kemahiran kerja sangat berbeza di setiap bidang fokus; peranan dan kecekapan pekerjaan kritikal telah dikenalpasti. Pengurusan kemahiran akan menekankan pendedahan dalam persekitaran yang inovatif, laluan kerjaya yang berstruktur dan ganjaran yang menarik dipertingkatkan dengan insentif latihan.
Kajian Keperluan Keperluan Guna Tenaga Untuk Sub-Sektor Pelancongan Di Malaysia, Vol. 1-6
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan kemahiran dalam sub-sektor Pelancongan; melakukan analisis jurang kemahiran; memberikan strategi dan dasar strategik untuk pembangunan modal insan; dan mengemukakan pelan tindakan untuk memenuhi keperluan sumber manusia dalam subsektor Pelancongan. Kajian ini akan meliputi 5 subsektor iaitu, penginapan (meliputi 1-5 bintang hotel, pusat peranginan dan rumah tetamu); perkhidmatan pelancongan (meliputi agensi pelancongan, pembungkusan, tempahan, tiket dan pemandu pelancong); makanan dan minuman; perkhidmatan pengangkutan (meliputi teksi, kereta sewa, perkhidmatan bas); dan perniagaan runcit & taman tema (meliputi hiburan, bersiar-siar, membeli-belah, permainan). Kajian ini juga akan membuat penilaian terhadap profil demografi pelajar, pengalaman bekerja dan program latihan industri bagi meningkatkan kurikulum kursus dan pendidikan bagi memenuhi kehendak pasaran subsektor pelancongan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa daya saing tenaga kerja telah bertambah baik seperti yang ditunjukkan dalam penurunan kos buruh unit dari tahun 2002 hingga 2011, akan tetapi penurunan kos buruh ini telah mengakibatkan pengurangan pendapatan pekerja dan menjadikan pekerjaan di subsektor ini hilang daya tarikan di dalam menarik dan mengekalkan bakat. Kajian ini juga mendapati terdapat kekurangan dari segi kemahiran terutama berkomunikasi dan bahasa yang merupakan kemahiran utama bidang ini dan diikuti oleh khidmat pelanggan dan prosedur perhotelan.
A Study on Human Capital Requirement for the Sabah Development Corridor (SDC)
Kajian ini memberikan gambaran tentang bakat dan jurang dalam permintaan dan penawaran bagi buruh mahir dan separuh mahir dalam empat subsektor terpilih di Sabah. Kajian ini mengenal pasti jurang bakat berdasarkan keperluan pembangunan dan menyediakan strategi penanda aras dan amalan terbaik dari negara-negara sedang membangun dan maju yang boleh diterima pakai untuk memastikan kelestarian bakat dalam Wilayah Pembangunan Sabah untuk keperluan semasa dan masa depan. Ia menggariskan isu dan inisiatif modal insan di Sabah, dan menawarkan analisis permintaan dan penawaran modal insan berasaskan sektor dan cabaran utama yang dihadapi oleh sub sektor ini.
Human Capital requirement study for Northern Corridor Economic Region (NCER)
Kajian ini mengkaji keperluan modal insan bagi empat subsektor terpilih dalam NCER iaitu Light Emitting Diode (LED) / Solid State Lighting (SSL), Peranti Perubatan / Teknologi, Pelancongan Perubatan dan Pelancongan Warisan Budaya. Ia mengenalpasti penawaran dan permintaan modal insan bagi setiap sub sektor dan menggariskan amalan dan strategi yang baik yang boleh diterima pakai dari negara membangun dan negara maju untuk memastikan kemampanan kemahiran untuk keperluan pembangunan koridor. Kajian ini memberikan pemahaman yang luas tentang landskap kemahiran dalam empat sub sektor ini dan mengenal pasti jurang-jurang keperluan kemahiran bagi setiap sub sektor ini. Ia juga merumuskan pelan tindakan untuk memastikan bakat lestari dalam setiap sub sektor ini.
Environmental Scan (ES): Human Capital Issues Within Machinery/Equipment & Advanced Engineering Sector
Projek ini adalah inisiatif pertama bagi Jawatankuasa Kemahiran Industri (JKI) yang diketuai oleh MITI. JKI ditubuhkan di bawah Majlis Modal Insan peringkat Kabinet berdasarkan hasil kertas strategi RMK11. Sektor ME & AE adalah salah satu daripada 10 Jawatankuasa Kerja Industri yang ditubuhkan sebagai satu mekanisme bagi keterlibatan aktif industri dalam menangani jurang isu sumber manusia. Secara prinsip, ES akan dilaksanakan oleh kumpulan industri yang dikenal pasti dalam Jawatankuasa Kerja Industri. Memandangkan kajian ini adalah kajian rintis,MIDA dan ILMIA telah menjalankan kajian ini. Dokumentasi template kajian ES akan direplikasi untuk siri ES seterusnya yang akan dilaksanakan oleh 9 lagi sektor dalam Jawatankuasa Kerja Industri. Tumpuan utama kajian ES adalah untuk mengkaji implikasi pembangunan kemahiran dan perancangan tenaga kerja berpunca dari perkembangan faktor perniagaan yang akan memberi impak kepada syarikat bagi sektor ini. Metodologi kajian ES ini adalah berdasarkan fakta yang diperolehi daripada perbincangan yang berterusan serta kaji selidik berkala mengenai pandangan pemain industri terhadap 1) prospek dan trend industri; 2) isu-isu mengenai keperluan tenaga kerja di industri dan kelayakan serta kemahiran; dan 3) respons institusi TVET dan institusi pendidikan kepada keperluan pekerjaan kritikal industri.Kajian ES boleh menjadi sebahagian daripada "Early Warning System" untuk mengesan tren perniagaan dan membantu membina sistem latihan kemahiran pekerja yang utuh supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kajian Permintaan dan Penawaran Bakat Untuk Pekerjaan Profesional Bagi Memenuhi Keperluan Ekonomi Berpendapatan Tinggi Pada 2020
Kajian untuk pekerjaan professional ini bertujuan untuk menilai ketidakseimbangan dalam pasaran kerja, seperti isu banyak pekerjaan kritikal yang sering menghadapi masalah kekurangan pekerja di tengah-tengah peningkatan jumlah graduan yang berlebihan bagi beberapa jawatan profesional. Sepuluh kategori pekerjaan profesional yang dikaji terdiri daripada jurutera, juru ukur, arkitek, peguam, akauntan, doktor, doktor gigi, pakar bedah veterinar, pakar ICT dan juruteknik fizikal, sains kejuruteraan & sokongan pengkomputeran. Kajian ini melibatkan 23 sektor ekonomi dan subsektor. Kajian ini mengkaji tren bagi pekerjaan-pekerjaan ini, perkembangan upah dan gaji, peluang peningkatan dan pembaharuan kemahiran untuk professional, serta permintaan dan penawaran untuk beberapa jenis pekerjaan yang dipilih. Cadangan dalam kajian ini agak serupa dengan cadangan dalam kajian-kajian koridor yang lain iaitu menekankan pentingnya kerjasama industri dan akademik untuk memenuhi keperluan bakat dan memperkasakan program untuk meningkatkan dan memperbaharui kemahiran. Terdapat cadangan untuk mewujudkan dasar yang bertujuan untuk meningkatkan kadar penyertaan profesional wanita. Keperluan untuk mewujudkan sistem data yang lebih baik bagi mengesan pekerjaan profesional dan perkembangan permintaan dan penawaran bagi pekerjaan berkenaan turut diberi penekanan.
A Study on Human Capital Requirement for Greater Kuala Lumpur / Klang Valley
Kajian Greater KL / Klang Valley menilai jurang kemahiran serta permintaan dan penawaran modal insan dalam lima industri di Bandar Raya Kuala Lumpur/ Lembah Klang iaitu: a) pengangkutan, b) perkongsian perkhidmatan penyumberluaran, c) Petroleum & gas asli, d) rangkaian bekalan & edaran, dan e) pengurusan sisa & bekalan air. Bagi setiap industri ini, fokus diberikan pada satu aktiviti tertentu yang dikenal pasti sebagai pemacu sektor tersebut. Oleh itu, kajian ini tertumpu pada (a) MRT / Rangkaian Kereta api Laju (Perkhidmatan Kejuruteraan); (b) pengetahuan proses penyumberluaran (Perkhidmatan Kewangan); (c) aktiviti hiliran; (d) aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman; dan (e) perunding alam sekitar. Secara keseluruhan, hasil kajian didapati bahawa kekurangan penawaran siswazah bagi aktiviti rangkaian bekalan & edaran dan pekerja TVET separa mahir dalam aktiviti pengangkutan. Manakala, permintaan pula mengatasi penawaran bagi bidang pekerjaan teknologi hijau, terutamanya untuk profesional tanpa pengalaman. Oleh itu, saranan diberikan supaya meningkatkan kerjasama industri-institusi pendidikan untuk memenuhi keperluan kemahiran dan menyokong inisiatif penyelidikan dan pembangunan untuk merangsang inovasi, produktiviti dan mengembangkan industri yang disasarkan. Promosi penerimaan internship di kalangan SMEs perlu dipertingkatkan di samping menanam semangat meningkatkan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan guna tenaga.
Critical Occupations List Report 2017/2018
CSC dipengerusikan secara bersama oleh Talent Corporation (TC) dan ILMIA dalam Jawatankuasa Kemahiran Industri yang ditubuhkan di bawah Majlis Pembangunan Modal Insan peringkat Kabinet susulan RMK11. COL merupakan sebahagian daripada rangka pemantauan yang dapat memberikan maklumat lebih tepat dan berterusan bagi penggubalan dasar modal insan dan program untuk menyelaraskan ketidakseimbangan tenaga kerja dan kemahiran dalam ekonomi. COL 2016/2017 dapat memberi gambaran lebih meluas liputan pekerjaan kritikal untuk industri dan pekerjaan, termasuk pekerjaan separa mahir.
Pilot Critical Occupations List 2015/2016 Report.
CSC dipengerusikan secara bersama oleh Talent Corporation (TC) dan ILMIA dalam Jawatankuasa Kemahiran Industri yang ditubuhkan di bawah Majlis Pembangunan Modal Insan peringkat Kabinet susulan RMK11. Berikutan penerbitan COL 2015 yang pertama (lihat penerbitan), inisiatif berterusan akan menyumbang kepada penghasilan COL 2016 yang terkini dan dijangka ianya siap awal 2017. COL merupakan sebahagian daripada rangka pemantauan yang dapat memberikan maklumat lebih tepat dan berterusan bagi penggubalan dasar modal insan dan program untuk menyelaraskan ketidakseimbangan tenaga kerja dan kemahiran dalam ekonomi. COL 2015 telah digunakan sebagai input bagi pihak universiti membuat penilaian kursus universiti; Program latihan kemahiran siswazah, Returning Expert Programme TC (REP), pengurusan biasiswa dan aplikasi untuk sistem Residence Pass - Talent (RP-T). COL 2016 dapat memberi gambaran lebih meluas liputan pekerjaan kritikal untuk industri dan pekerjaan, termasuk pekerjaan separa mahir.
A Study on Human Capital Requirement for the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) and Potential Development for Kota Samarahan with Special Focus on Serian Division
Kajian Keperluan Modal Insan: Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan modal insan yang berkaitan dengan usaha pembangunan dan pelaburan yang memberi tumpuan kepada lima nod pertumbuhan dalam SCORE termasuk Kota Samarahan. Lima nod pertumbuhan tersebut ialah Tanjung Manis, Mukah, Samalaju, Baram dan Tunoh, sementara bagi Kota Samarahan pula tumpuan diberikan kepada Daerah Serian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu penawaran dan permintaan modal insan bagi subsektor ekonomi terpilih dalam setiap nod pertumbuhan serta menggariskan amalan dan strategi terbaik yang dapat diterima daripada pengalaman di tempat lain untuk meningkatkan ketersediaan dan kesinambungan bakat untuk keperluan pembangunan SCORE. Permintaan terbesar adalah untuk pekerja separuh mahir dalam industri kajian ini. Majikan juga lebih mengutamakan lepasan siswazah baru yang mempunyai sedikit pendedahan industri di mana ini menunjukkan kepentingan ‘internships’ dan lain-lain latihan industri di institusi pendidikan dan TVET. Pekerjaan dalam industri berat seperti aluminium, keluli dan pembinaan kapal dianggap tidak menarik. Hal ini juga disebabkan isu akses, kos sara hidup dan lokasi kerja terpencil. Pekerjaan kritikal mempunyai permintaan yang tinggi dan berpotensi untuk menghadapi kekurangan guna tenaga seperti ahli mesin CNC, mekanik kenderaan berat dan pemandu pelancong. Kerjasama antara industri dan institusi pendidikan serta penyedia latihan perlu mempunyai program pembangunan kemahiran bersepadu yang relevan untuk keperluan industri. Dengan permintaan yang tinggi dalam pekerjaan separuh mahir, pendidikan TVET perlu dipromosikan untuk mengurangkan persepsi mengenai laluan kerjaya yang tidak menarik.
Study of Manpower in the Malaysian Logistics Subsector
A study was conducted on the manpower demandand supply in the Malaysian logistics industry under the purview of the Ministry of Human Resources (MoHR) and Ministry of Transport (MoT) Malaysia. The logistics sector is a significant component of the economy, given its role as a key enabler for the other economic sectors in terms of facilitating movement and mobility of goods and in increasing international trade connectivity. This study aims to provide insights into the human capital aspectsof the Malaysian logistics industry, given that manpower skills and competencies are key components in moving the industry forward. This study provides an overview of the industry from the global and domestic perspective, which includes insights on the regional logistics performance and a comparative analysis of leading logistics nations. This is followed by a manpower assessment of the Malaysian logistic industry to identify the issues and challenges, and provide recommendations to address these issues.
Article: Economic Outlook for Malaysia and Labour Market Implications, 2019
Article: National Employment Returns 2018
Article: Environmental Scan: Food & Beverages Industry 2018
Article: Fostering the Continued Active Participation of Senior Citizens in Society: What are the Challenges?
Article: Malaysians with TVET Qualifications are Essential for Sustaining Economic Growth
Article: The Maritime Sector Workforce: Ship Building and Ship Repair (2017)
Jurnal Perburuhan Malaysia
Jurnal Perburuhan Malaysia (MLR) diterbitkan dua kali setahun oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Kementerian Sumber Manusia. Jurnal ini merupakan ulasan secara akademik didedikasikan bagi mempromosi kajian, penyelidikan dan penyebaran maklumat mengenai isu dan amalan sumber manusia di Malaysia khususnya. Jurnal ini mengundang penulisan artikel mengenai pengurusan perburuhan, amalan hubungan industri, ekonomi buruh, undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial dan isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. MLR mengalu-alukan manuskrip untuk penerbitan yang boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan:
- Laporan penyelidikan asal, lengkap dengan tinjauan literatur
- Pembentangan tentang isu penting semasa mengenai pekerjaan
- Pendapat mengenai peristiwa atau cabaran yang berkaitan dengan perburuhan semasa.
Artikel mestilah sumbangan asal yang tidak diterbitkan di tempat lain, dalam bentuk apa pun, sama ada dalam media cetak atau dalam talian dan yang tidak dipertimbangkan di tempat lain.
Lain-lain Penerbitan